Thursday, June 7, 2012

Mimpi Atau Realiti


"Argh.. Sakitnya!" Amir meraung sambil memegang kepalanya yang terasa sakit menusuk-nusuk bagai dicucuk jarum. Matanya terpejam. Badannya direbahkan di atas katil bagi menahan sakit kepalanya. Sakit kepalanya ini kerap berlaku sejak 2 minggu yang lalu. Apabila dibawa berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan, tiada sebarang penyakit yang dihidapinya. Juga tiada ketumbuhan di dalam kepalanya. Tetapi sakit kepala itu tetap datang lagi. Sakit kepalanya kini sudah tidak tertanggung lagi. Amir pengsan di atas katilnya.

Zupp..! Amir terus bangun terduduk bagai ada satu arus elektrik yang mengalir di dalam badannya. Matanyanya terbuntang luas. Kemudian dia terbaring semula dan memejamkan mata. Dia sudah sedar tetapi badannya terasa sangat lemah dan tidak berdaya untuk bangun walaupun rasa sakit di kepalanya sudah tidak terasa lagi.

Sedetik kemudian kepalanya ligat memutarkan tanyangan semula apa yang terlihatnya sebentar tadi. Dia bukan di atas katil di biliknya. Dia berada ditempat lain. Suasananya sangat berbeza daripada biliknya. Semuanya kelihatan putih. Malah kelibat beberapa orang manusia juga kelihatan berpakaian putih.

"Nurse, nampaknya keadaan pesakit semakin stabil. Tolong sediakan apa-apa yang patut." "Baik, doktor." Kedengaran sayup-sayup suara itu ditelinga Amir. "Doktor. Nurse. Aku di hospital. Tapi siapa yang membawa aku ke mari? Sedangkan aku tinggal bersendirian." fikirnya. Kepalanya ligat berputar memikirkan apa yang sedang berlaku sehingga dia terlena kembali.

__________________________________________

Knock! Knock!

Pintu diketuk dari luar mematikan lamunan Amir yang sedang duduk bersandar di atas katil hospital itu. Masuk seorang gadis yang berumur lingkungan 20-an menghampirinya.

"Hai. Baguslah awak sudah sedar. Bagaimana keadaan awak hari ini?" Sapanya terus bertanyakan keadaan Amir sekarang ini sedangkan mereka tidak kenal satu sama lain. Senyuman manis tidak terlepas dari bibirnya.

"Hai. Saya rasa lebih baik sekarang. Erm.. Saya kenal awak ke?" Amir membalas sapaan tersebut seadanya. Dia berasa sangsi dengan keramahan gadis tersebut.

"Oh.. Maaf. Saya Emylia. Panggil Emy je. Saya yang selamatkan awak tempoh hari." Senyumannya dilebarkan. Tangannya dihulurkan untuk berjabat.

"Saya Amir. Terima kasih sebab selamatkan saya. Tapi macam mana awak selamatkan saya?" Hulur tangan disambut. Tetapi satu persoalan lagi timbul. Gadis bernama Emy ini yang telah menyelamatkannya. Sedangkan semasa dia pengsan, dia berada di dalam biliknya.

"Saya berada di sana semasa awak cedera parah berlawan dengan Shark. Beraninya awak ni, ye?" Emy menerangkan situasi yang telah berlaku.

"Lawan? Shark? Awak pasti ke? Sebab seingat saya, saya pengsan di bilik saya sebab sakit kepala yang amat sangat. Awak jangan main-main dengan saya." Amir tak percaya apa yang dikatakan oleh Emy. 

"Eh.. Betullah. Saya selamatkan awak semasa awak cedera parah hari tu. Kalau awak tak percaya, petang ini awak keluar hospital, saya bawa awak jumpa ayah saya. Lagipun ayah saya dah lama cari orang macam awak ni." Jawab Emy mempertahankan kata-katanya. 

_________________________________________


Petang itu Amir dibawa ke rumah Emy untuk bertemu dengan bapanya. Rumah Emy sangat besar bagaikan istana. Halamannya juga sangat bersih dan indah.

"Ayah, perkenalkan Amir. Orang berani kita. Amir, ini ayah saya Encik Ishak Bin Arsyad." Amir diperkenalkan kepada orang tuanya Amy.

"Hai Uncle." Amir memaniskan wajah sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Hai Amir. Saya berbesar hati menerima kunjungan kamu ke rumah saya. Jemput masuk. Jangan segan-segan" Jemput Encik Ishak ke rumah agamnya.

"Baiklah, uncle. Straight to the point. Saya nak tahu apa yang sebenar-benarnya yang berlaku kepada saya?" Tanya Amir tentang kekeliruannya setelah mengambil tempat duduk di atas sofa bertentangan dengan Encik Ishak. Emy pula duduk di sisi bapanya.

"Jadi kamu betul-betul tidak ingat apa yang telah berlaku?" Tanya Encik Ishak pula. Pembantu rumah masuk dari dapur menghidangkan minuman kemudian beredar semula ke dapur. Amir hanya mengangguk, mengiyakan pertanyaan Encik Ishak.

"Hmm.. Ini bermakna kesan sampingan serangan Shark itu menyebabkan kamu hilang ingatan dan memerangkap kamu di dalam dimensi lain. Seingat kamu, sebelum kamu sedar, kamu berada di tempat lain bukan?" Sambung Encik Ishak lagi.

"Ya. Seingat saya, saya berada di rumah saya. Saya mengalami sakit kepala yang amat sangat yang menyebabkan saya pengsan. Sedar-sedar saja, situasi telah berubah. Saya masih tak faham." Terang Amir. Emy yang duduk di sisi bapanya hanya mendengar dengan tekun.

"Kamu tengok ini. Mungkin kamu akan ingat sesuatu." Encik Ishak mengeluarkan komputer ribanya. Dia membuka satu video yang merakamkan pertarungan Amir dan Shark. Amir menyaksikan rakaman itu. Memang benar dialah yang sedang bertarung dengan Shark. Shark adalah satu makhluk aneh yang dicipta oleh satu organisasi gelap bagi melakukan kemusnahan disamping merancang untuk menakluk dunia.

Tiba-tiba kepala Amir jadi pening. Apabila dia memejamkan matanya, muncul visual memori semasa dia bertarung dengan Shark. Dia melakukannya untuk menyelamatkan orang awam daripada diserang makhluk aneh itu.

"Amir, kenapa?" Tanya Emy yang mula kelihatann panik melihat keadaan Amir. Dia beralih tempat duduk ke sebelah Amir.

"Saya sudah ingat semuanya! Semua peristiwa yang sudah berlaku." kata Amir.

"Iya? Baguslah sebab saya ada satu kejutan untuk kamu." Kata Encik Ishak kepada Amir.

________________________________________

Aaaaa!!! Tolong!!!

Jeritan dan lolongan orang awam meminta tolong sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di kawasan sekitar bandar. Ini semua bermula sejak munculnya makhluk aneh yang di gelar Shark, melakukan kemusnahan di bandar itu. Pihak berkuasa juga tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerana senjara mereka juga tidak mampu menumpaskan makhluk itu.

Bang!

Shark terundur disebabkan satu tembakan tepat di dada kirinya yang menyelamatkan seorang wanita yang sedang diganggu.

"Siapa kau?" Tanya Shark si makhluk aneh kepada penyerangnya itu.

"Penyelamat bangsa dan negara, mungkin." Jawab Amir menyindir. Dia berdiri 20 meter dari Shark mengenakan sut perisai  beserta helmet bagi melindungi wajah beserta identitinya. Tangan kanannya pula mengacukan sepucuk pistol ke arah Shark.

"Kamu berani dan bijak. Tetapi malangnya kamu kekurangan kekuatan untuk menentang makhluk itu sendiri. Dan berdirinya saya di sini adalah untuk membantu kamu disamping memberi tanggungjawab kepada kamu untuk menumpaskan makhluk aneh itu. Saya perkenalkan kepada kamu ciptaan saya, Power Suit. Sut perisai yang mampu menahan sebarang serangan dan juga boleh memberikan kekuatan melebihi daripada kekuatan manusia biasa. Saya amanahkannya kepada kamu. Jadilah hero kami." Amir teringat kata-kata Encik Ishak semasa dirumahnya tempoh hari. Rupa-rupanya Encik Ishak bukanlah orang sebarangan. Dia akan melakukan apa sahaja untuk kesejahteraan hidup masyarakat setempat.

"Kau memang mencari nahas! Serang" Gertak Shark dan mencampakkan bola-bola bersaiz guli ke tanah. Kemudiannya bola-bola itu bertukar menjadi tetera cyborg menyerang Amir.

Setelah komputer di visor halmetnya selesai membuat analisa, Amir menyisipkan pistolnya di sisi pinggang kanan, kemudian mengeluarkan sebilah pedang yang tersemat di belakang badannya. Semua tentera-tentera cyborg itu ditumpaskannya dengan mudah menggunakan teknik serangan kombat. "Sekarang aku akan hantar kau ke neraka!" Jerit Amir sambil berlari menyerang Shark yang sudah tersedia tangannya yang berbentuk seperti pedang.

Pertarunga menjadi sengit. Pancaran api berlaku apabila pedang berlaga dengan pedang. Amir mengambil beberapa langkah bagi mengunci gerakan Shark. Apabila gerakan Shark telah dikunci, tangan kanannya mengeluarkan pistol dan disetkan kepada kuasa yang tertinggi. Satu tembakan kuat dilepaskan di perut Shark menyebakan berlakunya satu letupan. Amir tercampak ke belakang manakala Shark pula berdiri kaku ditempatnya. Perutnya berlubang. Amir mengambil kesempatan ini membuat satu libasan pedang di perut Shark menyebabkan tubuhnya terbelah dua.

"Awesome!" Jerit Amir kegembiraan sebelum meninggalkan tempat itu.

__________________________________

"Tahniah, Amir! Walaupun serangan terakhir itu agak merbahaya. Syabas!" Puji Encik Ishak.

"Terima kasih, Uncle. Walapun pada mulanya agak janggal, saya seronok dapat melakukan kerja amal seperti ini." Ketawa mereka pecah kerana Amir menggunakan perkataan 'kerja amal' itu.

"Ayah. Amir. Nampaknya kera Amir belum selesai lagi." Kata Emy sambil menunjukkan siaran berita yang menyiarkan tentang kemunculan satu lagi makhluk aneh di bandar itu. Encik Ishak dan Emy memandang Amir.

"I'm ready!" Kata Amir sambil melebarkan senyumannya.

_______________________________

Sementara itu, di suatu dimensi yang lain Amir masih lagi terbaring pengsan di atas katilnya.









Wednesday, June 6, 2012

WiraSaga 3

Simulasi latihan WIRASAGA.


Mula.

Adam dilengkapi sut perisai beserta senjata di dalam simulasi latihan pertempuran WIRASAGA. Satu demi satu musuh ditumbangkan. Walaupun hatinya sedikit gentar bagi menghadapi apa yang akan berlaku, tetap digagahkannya jua untuk bertahan. Teknik dan kemahiran bertempur semakin baik setelah beberapa hari menjalani latihan simulasi.

"Bagaimana AOI? Hebat tak?" AOI adalah Artificial Intelligence yang dicipta oleh Uncle Amir bagi menguruskan sistem WIRASAGA.


Semakin lincah dan pantas. Tahniah.

Adam hanya tersenyum. Kaca mata simulasi ditanggalkannya dan diletakkannya di dalam beg. Komputer riba bersaiz kecil dikeluarkan pula daripada beg itu. Komputer tersebut menunjukkan analisa prestasi latihan Adam sebentar tadi.

Kepantasan kamu meningkat sebanyak 15%. Manakala tenaga yang digunakan pula dapat dikurangkan sebanyak 12%. Kamu perlu menjalani beberapa lagi latihan sebelum kamu benar-benar bersedia untuk menggunakan sut perisai WIRASAGA yang sebenar.


"Terima kasih AOI." Adam meneliti setiap butir yang ada di skrin komputer itu. Setelah berpuas hati, dia menutup komputer tersebut dan menyimpannya ke dalam beg. Di dalam beg tersebut dia memerhatikan lima alat pertukaran yang disusun kemas. Dia teringat kata-kata AOI..


Prof Amir telah mencipta lima sut perisai bagi menentang Dark Legion. Setiap alat pertukaran akan ditetapkan dengan DNA user yang pertama. Ia tidak boleh diaktifkan oleh orang lain selain user. Hanya orang yang sepatutnya sahaja boleh diserahkan alat pertukaran ini. Ia perlu dijaga sebaiknya supaya tidak jatuh ke atas tangan orang yang salah.


Adam mencapai satu alat komunikasi daripada dalam beg bimbit itu kemudian menutupnya. Alat komunikasi yang berbentuk jam tangan dipakainya. Alat ini memudahkannya berhubung dengan ahli WIRASAGA yang lain dan juga AOI. Tetapi kini dia hanya boleh berhubung dengan AOI sahaja kerana dia adalah satu-satunya ahli WIRASAGA yang ada. Jam menunjukkan jam 3 petang. Dia berhasrat untuk mengambil angin di luar setelah menjalani latihan simulasi daripada pagi tadi.

__________________________________

"Hey awak! Awak yang selamatkan saya hari itu, kan?" Aisya separuh menjerit apabila bertembung dengan Adam.

"Eh.. Awak la yang kena ganggu hari itu, kan?" Kata Adam sedikit bergurau walaupun sebenarnya dia terkejut bertemu dengan gadis itu. Kata-kata Adam itu sedikit sebanyak membuatkan gadis itu terasa malu sendiri.

"Janganlah cakap macam tu. Malulah. Hari itu saya tak sempat nak ucap terima kasih. Terima kasih sebab selamatkan saya." Kata Aisya.

"Sama-sama. Hal kecil je itu." Balas Adam.

"Sebenarnya boleh je saya belasah diorang itu semua. Tapi awak dah masuk line, tak jadilah." Aisya dan Adam sama-sama tergelak.

"Saya agak awak orang baru di sini. Siapa nama awak?" Tanya Adam.

"Ya. Nama saya Aisya. Ini pun saya baru nak kenal-kenal dengan kawasan-kawasan sini. Kalau awak sudi tolong tunjukkan saya tempat-tempat menarik di sini." Jawab Aisya.

"Saya Adam. Kebetulan, saya hendak ke bandar untuk berjumpa dengan kawan-kawan saya. Marilah saya tunjukkan tempat-tempat menarik di sana." Ajak Adam.

"Okay." Mereka menaiki bas yang tiba kira-kira seminit kemudian dan menuju ke bandar yang mengambil masa selama 5 minit sahaja. Setelah tiba mereka menuju ke Kafe Starbuck. Hazman dan Ashraf sedang menunggu di situ sambil minum petang.

"Hey guys!" Sapa Adam kepada Hazman dan Ashraf.

"Hey! Wah! Bawa awek nampak." Balas Hazman. Ashraf yang sedang meneguk air minumannya hanya mengangkat tangan.

"Haha. Perkenalkan ini Aisya. Aisya, ini Hazman dan ini pula Ashraf. Aisya baru saja pindah sini. Dia minta aku tunjukkan kawasan-kawasan menarik di sini." Adam memperkenalkan Aisya kepada Hazman dan Ashraf.

"Hai. Nice to meet you guys." Sapa Aisya.

"Hai. Panggil aku Ash saja. Pindah rumah mana?" Tanya Ashraf. Adam cuba untuk tidak mengambil bahagian dalam perbualan mereka. Adam mencapai gelas minuman Hazman untuk diminum.

"Rumah no.19 Jalan Siera 2." Jawab Aisya ringkas. 

"Eh.. Bukankah itu rumah En.Nazri? Rumahnya Zulaika?" Tanya Hazman pula.

"Ya. Saya tinggal dengan mereka sekarang. Zulaika itu sepupu saya." Tiba-tiba keadaan jadi senyap dan air yang sedang diminum oleh Adam tersembur keluar.

"Kenapa?" Tanya Aisya bingung.

Tuesday, June 5, 2012

WiraSaga 2


Suasana riuh rendah di stesen bas Bandar Metro sangat merimaskannya. Ini semua gara-gara papanya yang beriya-iya mahu dia berpindah ke Malaysia tinggal bersama dengan sepupunya. Katanya system pembelajaran di Malaysia lebih baik daripada di Jepun. Dia hanya mengikut sahaja.

“ Apalah nasib kau, Aisya.” Gumamnya sendiri.

Setibanya dia di KLIA, dia terus mengambil bas terus ke Bandar Metro mengikut sepertimana yang disuruh oleh papanya. Sejak dari tadi dia masih menunggu sepupunya, Zulaika datang mengambilnya. Tetapi kelibat sepupunya itu masih belum kelihatan. Dia masih tidak arif jalan di Bandar Metro walaupun sudah beberapa kali dia datang ke Bandar itu menziarahi keluaga abang papanya.

“ Hai adik. Seorang je?” Satu suara garau menegurnya dari belakang. Terkejut dia dibuatnya. Bertambah mengejutkan lagi apabila lelaki yang tak dikenali tersebut mengangkat begnya di kerusi sebelah dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Begnya diletakkan di sisi kaki. Menyesal rasanya dia mengambil tempat duduk yang agak terlindung bagi mengelakkan suasana riuh rendah di stesen bas itu.

“ Orang tanya dia tak jawab. Seorang je ke?” Kata lelaki itu lagi. Tangan lelaki itu sudah mula berani merayap ke belakang bahunya.

Aisya bingkas bangun. Tangan lelaki itu ditarik dan dipulasnya menyebabkan lelaki itu terjerit sedikit kesakitan. Aisya lantas menerajang tepat di perut lelaki itu hingga lelaki itu jatuh tersungkur di lantai. Tindakan Aisya adalah reflex kerana papanya pernah menghantarnya ke kelas karate semasa tinggal di Jepun.

“ Main kasar ye.” Kata lelaki itu tak puas hati. Aisya hanya diam dan merenung tajam lelaki itu takut kalau lelaki itu cuba melakukan sesuatu yang tak diduga. Tiba-tiba datang beberapa orang lelaki menghampirinya. Rakan lelaki yang mengganggunya tadi fikirnya.

“ Habislah aku kali ni.” Kata Aisya dalam hati. Dia mula takut dan risau.

“ Come here, baby.” Salah seorang daripada lelaki tersebut menghampirinya. Disaat tangan lelaki hamper mencecah tubuhnya, Aisya bertindak pantas mengunci tangan lelaki itu dan menerajangnya menyebabkan lelaki itu terpelanting ke belakang. Lelaki itu mengerang kesakitan.

Kali ini dua orang lelaki pula menyerbu ke arahnya. Aisya sempat mengelak dan menepis tapi tidak sempat membalas. Akhirnya, kedua-dua tangannya dapat dikunci oleh kedua-dua lelaki tersebut.

“ Jahanam kau perempuan. Kali ni kau tak akan dapat lari lagi.” Kata lelaki yang mula-mula mengganggunya tadi sambil mengeluarkan pisau lipatnya. Aisya tergamam. Kali ini dia hanya memejamkan mata dan berserah pada apa yang akan terjadi.

Arghh!

Hanya suara orang mengerang kesakitan didengarnya. Apa yang berlaku? Tangan kanannya dilepaskan. Dia membuka mata melihat apa yang berlaku. Seorang lelaki sebayanya sedang bertarung dengan lelaki yang memegang tangannya tadi. Lelaki itu sangat tangkas menumbangkan lawannya. Walaupun diserang bertalu-talu oleh dua orang lelaki tadi. Manakala lelaki yang mulu-mula mengganggunya tadi sudah tumbang tidak sedarkan diri.

Aisya mengambil peluang ini menyerang lelaki yang sedang memegang tangan kirinya. Lelaki itu kelihatan tergamam melihat rakan-rakannya sedang ditumpaskan. Aisya melepaskan tumbukan padu tepat pada dagu lelaki itu. Lelaki itu terundur sedikit kebelakang sambil memegang dagunya yang sakit akibat ditumbuk. Dengan kesempatan yang ada, Aisya membuat tendangan tepat didada dan mukanya menyababkan lelaki itu terpelanting kebelakang dan pengsan.

“ Awak okay?” Aisya berpaling melihat siapakah gerangan yang sudah menyelamatkannya itu. Dia sudah selesai menewaskan lawannya. Semuanya K.O. Hebat, fikirnya lagi.

“ Saya okay. Thanks.” Jawab Aisya dan berterima kasih atas pertolongan lelaki itu. Kalau lelaki itu tidak datang, pasti dirinya sudah menjadi jamuan kumpulan lelaki yang cuba mengganggunya itu.

“ Okay then. Take Care.” Lelaki itu beredar begitu saja meninggalkan dia yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“ Who is he? Ada ke patut dia tinggalkan aku macam itu je.” Gumamnya. Dia pun mengangkat begnya dan beredar daripada situ mencari kawasan yang lebih selamat.

“Aisya!” Aisya berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Zulaika.

“Ika! Asal lambat sangat? Penat aku tunggu tahu tak.” Dia bersalamat dan berpelukan kerana sudah lama tidak berjumpa. Walaupun Aisya tinggal di Jepun,  dia selalu berhubung dengan Zulaika melalui internet. Itu sebabnya hubungan mereka seperti sudah lama tinggal bersama.

“ Aku dah sampai lama dah. Cari kau tak jumpa.” Kata Zulaika.

“ Ohh.. Aku duduk kat hujung sana tadi. Jomlah balik. Aku dah penat la.” Aisya merahsiakan kejadian yang menimpanya tadi kerana tidak mahu merisaukan sepupunya itu.

“ Okay. Jom.”

WiraSaga - Prolog


Adam,

Uncle minta maaf sebab pergi tanpa penjelasan. Uncle terpaksa pergi jauh. Mereka telah mengetahui keberadaan Uncle. Rahsiakan permergian uncle daripada sesiapapun. Adam adalah satu-satunya orang yang uncle percayakan. Alat yang uncle tinggalkan itu, jaga sebaiknya. Jangan sampai jatuh ke tangan yang salah. Moga kita bertemu lagi.

Uncle Amir.

Adam memandang sepucuk surat dan beg bimbit yang diterima daripada Uncle Amir bersilih ganti. Tak mungkin khabar angin tentang Uncle Amir itu benar. Alat yang diterimanya daripada Uncle Amirnya itu juga tak mungkin berjaya dicipta. Kerana semua ini adalah mustahil. Uncle Amir pernah bekerja di bawah Dark Legion, satu organisasi yang merancang untuk memonopoli kuasa dunia. Dan alat yang dicipta oleh Uncle Amir adalah untuk menentang usaha mereka.

Adam beralih kepada beg bimbit yang bersaiz sederhana besar. Beg itu dibuka. Adam memerhati satu-satu alat-alat yang terdapat di dalam beg itu. Satu alat yang berupa kaca mata dicapainya kemudian dipakainya.

Kenalpasti DNA.

Kenalpasti selesai.

1st User Adam Irafi.

Selamat menyertai WIRASAGA.