Wednesday, June 6, 2012

WiraSaga 3

Simulasi latihan WIRASAGA.


Mula.

Adam dilengkapi sut perisai beserta senjata di dalam simulasi latihan pertempuran WIRASAGA. Satu demi satu musuh ditumbangkan. Walaupun hatinya sedikit gentar bagi menghadapi apa yang akan berlaku, tetap digagahkannya jua untuk bertahan. Teknik dan kemahiran bertempur semakin baik setelah beberapa hari menjalani latihan simulasi.

"Bagaimana AOI? Hebat tak?" AOI adalah Artificial Intelligence yang dicipta oleh Uncle Amir bagi menguruskan sistem WIRASAGA.


Semakin lincah dan pantas. Tahniah.

Adam hanya tersenyum. Kaca mata simulasi ditanggalkannya dan diletakkannya di dalam beg. Komputer riba bersaiz kecil dikeluarkan pula daripada beg itu. Komputer tersebut menunjukkan analisa prestasi latihan Adam sebentar tadi.

Kepantasan kamu meningkat sebanyak 15%. Manakala tenaga yang digunakan pula dapat dikurangkan sebanyak 12%. Kamu perlu menjalani beberapa lagi latihan sebelum kamu benar-benar bersedia untuk menggunakan sut perisai WIRASAGA yang sebenar.


"Terima kasih AOI." Adam meneliti setiap butir yang ada di skrin komputer itu. Setelah berpuas hati, dia menutup komputer tersebut dan menyimpannya ke dalam beg. Di dalam beg tersebut dia memerhatikan lima alat pertukaran yang disusun kemas. Dia teringat kata-kata AOI..


Prof Amir telah mencipta lima sut perisai bagi menentang Dark Legion. Setiap alat pertukaran akan ditetapkan dengan DNA user yang pertama. Ia tidak boleh diaktifkan oleh orang lain selain user. Hanya orang yang sepatutnya sahaja boleh diserahkan alat pertukaran ini. Ia perlu dijaga sebaiknya supaya tidak jatuh ke atas tangan orang yang salah.


Adam mencapai satu alat komunikasi daripada dalam beg bimbit itu kemudian menutupnya. Alat komunikasi yang berbentuk jam tangan dipakainya. Alat ini memudahkannya berhubung dengan ahli WIRASAGA yang lain dan juga AOI. Tetapi kini dia hanya boleh berhubung dengan AOI sahaja kerana dia adalah satu-satunya ahli WIRASAGA yang ada. Jam menunjukkan jam 3 petang. Dia berhasrat untuk mengambil angin di luar setelah menjalani latihan simulasi daripada pagi tadi.

__________________________________

"Hey awak! Awak yang selamatkan saya hari itu, kan?" Aisya separuh menjerit apabila bertembung dengan Adam.

"Eh.. Awak la yang kena ganggu hari itu, kan?" Kata Adam sedikit bergurau walaupun sebenarnya dia terkejut bertemu dengan gadis itu. Kata-kata Adam itu sedikit sebanyak membuatkan gadis itu terasa malu sendiri.

"Janganlah cakap macam tu. Malulah. Hari itu saya tak sempat nak ucap terima kasih. Terima kasih sebab selamatkan saya." Kata Aisya.

"Sama-sama. Hal kecil je itu." Balas Adam.

"Sebenarnya boleh je saya belasah diorang itu semua. Tapi awak dah masuk line, tak jadilah." Aisya dan Adam sama-sama tergelak.

"Saya agak awak orang baru di sini. Siapa nama awak?" Tanya Adam.

"Ya. Nama saya Aisya. Ini pun saya baru nak kenal-kenal dengan kawasan-kawasan sini. Kalau awak sudi tolong tunjukkan saya tempat-tempat menarik di sini." Jawab Aisya.

"Saya Adam. Kebetulan, saya hendak ke bandar untuk berjumpa dengan kawan-kawan saya. Marilah saya tunjukkan tempat-tempat menarik di sana." Ajak Adam.

"Okay." Mereka menaiki bas yang tiba kira-kira seminit kemudian dan menuju ke bandar yang mengambil masa selama 5 minit sahaja. Setelah tiba mereka menuju ke Kafe Starbuck. Hazman dan Ashraf sedang menunggu di situ sambil minum petang.

"Hey guys!" Sapa Adam kepada Hazman dan Ashraf.

"Hey! Wah! Bawa awek nampak." Balas Hazman. Ashraf yang sedang meneguk air minumannya hanya mengangkat tangan.

"Haha. Perkenalkan ini Aisya. Aisya, ini Hazman dan ini pula Ashraf. Aisya baru saja pindah sini. Dia minta aku tunjukkan kawasan-kawasan menarik di sini." Adam memperkenalkan Aisya kepada Hazman dan Ashraf.

"Hai. Nice to meet you guys." Sapa Aisya.

"Hai. Panggil aku Ash saja. Pindah rumah mana?" Tanya Ashraf. Adam cuba untuk tidak mengambil bahagian dalam perbualan mereka. Adam mencapai gelas minuman Hazman untuk diminum.

"Rumah no.19 Jalan Siera 2." Jawab Aisya ringkas. 

"Eh.. Bukankah itu rumah En.Nazri? Rumahnya Zulaika?" Tanya Hazman pula.

"Ya. Saya tinggal dengan mereka sekarang. Zulaika itu sepupu saya." Tiba-tiba keadaan jadi senyap dan air yang sedang diminum oleh Adam tersembur keluar.

"Kenapa?" Tanya Aisya bingung.

No comments:

Post a Comment