Tuesday, June 5, 2012

WiraSaga 2


Suasana riuh rendah di stesen bas Bandar Metro sangat merimaskannya. Ini semua gara-gara papanya yang beriya-iya mahu dia berpindah ke Malaysia tinggal bersama dengan sepupunya. Katanya system pembelajaran di Malaysia lebih baik daripada di Jepun. Dia hanya mengikut sahaja.

“ Apalah nasib kau, Aisya.” Gumamnya sendiri.

Setibanya dia di KLIA, dia terus mengambil bas terus ke Bandar Metro mengikut sepertimana yang disuruh oleh papanya. Sejak dari tadi dia masih menunggu sepupunya, Zulaika datang mengambilnya. Tetapi kelibat sepupunya itu masih belum kelihatan. Dia masih tidak arif jalan di Bandar Metro walaupun sudah beberapa kali dia datang ke Bandar itu menziarahi keluaga abang papanya.

“ Hai adik. Seorang je?” Satu suara garau menegurnya dari belakang. Terkejut dia dibuatnya. Bertambah mengejutkan lagi apabila lelaki yang tak dikenali tersebut mengangkat begnya di kerusi sebelah dan melabuhkan punggung di sebelahnya. Begnya diletakkan di sisi kaki. Menyesal rasanya dia mengambil tempat duduk yang agak terlindung bagi mengelakkan suasana riuh rendah di stesen bas itu.

“ Orang tanya dia tak jawab. Seorang je ke?” Kata lelaki itu lagi. Tangan lelaki itu sudah mula berani merayap ke belakang bahunya.

Aisya bingkas bangun. Tangan lelaki itu ditarik dan dipulasnya menyebabkan lelaki itu terjerit sedikit kesakitan. Aisya lantas menerajang tepat di perut lelaki itu hingga lelaki itu jatuh tersungkur di lantai. Tindakan Aisya adalah reflex kerana papanya pernah menghantarnya ke kelas karate semasa tinggal di Jepun.

“ Main kasar ye.” Kata lelaki itu tak puas hati. Aisya hanya diam dan merenung tajam lelaki itu takut kalau lelaki itu cuba melakukan sesuatu yang tak diduga. Tiba-tiba datang beberapa orang lelaki menghampirinya. Rakan lelaki yang mengganggunya tadi fikirnya.

“ Habislah aku kali ni.” Kata Aisya dalam hati. Dia mula takut dan risau.

“ Come here, baby.” Salah seorang daripada lelaki tersebut menghampirinya. Disaat tangan lelaki hamper mencecah tubuhnya, Aisya bertindak pantas mengunci tangan lelaki itu dan menerajangnya menyebabkan lelaki itu terpelanting ke belakang. Lelaki itu mengerang kesakitan.

Kali ini dua orang lelaki pula menyerbu ke arahnya. Aisya sempat mengelak dan menepis tapi tidak sempat membalas. Akhirnya, kedua-dua tangannya dapat dikunci oleh kedua-dua lelaki tersebut.

“ Jahanam kau perempuan. Kali ni kau tak akan dapat lari lagi.” Kata lelaki yang mula-mula mengganggunya tadi sambil mengeluarkan pisau lipatnya. Aisya tergamam. Kali ini dia hanya memejamkan mata dan berserah pada apa yang akan terjadi.

Arghh!

Hanya suara orang mengerang kesakitan didengarnya. Apa yang berlaku? Tangan kanannya dilepaskan. Dia membuka mata melihat apa yang berlaku. Seorang lelaki sebayanya sedang bertarung dengan lelaki yang memegang tangannya tadi. Lelaki itu sangat tangkas menumbangkan lawannya. Walaupun diserang bertalu-talu oleh dua orang lelaki tadi. Manakala lelaki yang mulu-mula mengganggunya tadi sudah tumbang tidak sedarkan diri.

Aisya mengambil peluang ini menyerang lelaki yang sedang memegang tangan kirinya. Lelaki itu kelihatan tergamam melihat rakan-rakannya sedang ditumpaskan. Aisya melepaskan tumbukan padu tepat pada dagu lelaki itu. Lelaki itu terundur sedikit kebelakang sambil memegang dagunya yang sakit akibat ditumbuk. Dengan kesempatan yang ada, Aisya membuat tendangan tepat didada dan mukanya menyababkan lelaki itu terpelanting kebelakang dan pengsan.

“ Awak okay?” Aisya berpaling melihat siapakah gerangan yang sudah menyelamatkannya itu. Dia sudah selesai menewaskan lawannya. Semuanya K.O. Hebat, fikirnya lagi.

“ Saya okay. Thanks.” Jawab Aisya dan berterima kasih atas pertolongan lelaki itu. Kalau lelaki itu tidak datang, pasti dirinya sudah menjadi jamuan kumpulan lelaki yang cuba mengganggunya itu.

“ Okay then. Take Care.” Lelaki itu beredar begitu saja meninggalkan dia yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“ Who is he? Ada ke patut dia tinggalkan aku macam itu je.” Gumamnya. Dia pun mengangkat begnya dan beredar daripada situ mencari kawasan yang lebih selamat.

“Aisya!” Aisya berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Zulaika.

“Ika! Asal lambat sangat? Penat aku tunggu tahu tak.” Dia bersalamat dan berpelukan kerana sudah lama tidak berjumpa. Walaupun Aisya tinggal di Jepun,  dia selalu berhubung dengan Zulaika melalui internet. Itu sebabnya hubungan mereka seperti sudah lama tinggal bersama.

“ Aku dah sampai lama dah. Cari kau tak jumpa.” Kata Zulaika.

“ Ohh.. Aku duduk kat hujung sana tadi. Jomlah balik. Aku dah penat la.” Aisya merahsiakan kejadian yang menimpanya tadi kerana tidak mahu merisaukan sepupunya itu.

“ Okay. Jom.”

No comments:

Post a Comment